1. Kempinski The Spa
Dengan hanya menggunakan produk yang berkualiti berasaskan herba dan bahan semula jadi, pakar terapi mereka mampu menawarkan pengalaman spa yang sempurna. Seperti yang saya cuba sendiri iaitu Autumn Sleep Relaxing di dalam pakej Seasonal Massage, yang mana satu urutan aromaterapi untuk menenangkan seluruh badan. Rawatan juga termasuk urutan kepala secara teraputik yang menyasarkan pada titik tekanan cranial bagi menghilangkan stress. Sejujurnya teknik urutan oleh pakar terapinya cukup memuaskan, setiap bahagian yang diurut ternyata hilang sengal-sengalnya selepas usai rawatan.
90 minit – 675,000++ Rupiah