4. The Room
Teruja sebaik melangkah ke dalam bilik Grand Deluxe yang ditempah pihak hotel. Pemandangannya adalah bulatan ikonik Hotel Indonesia yang cukup terkenal di Jakarta. Lebih menarik, Hotel Grand Deluxe ini cukup luas dan kamar mandinya tidak dinafikan memang mewah. Dengan tab mandi yang cukup besar diletakkan Television kecil pula dihadapannya. Memanglah sesi rendaman badan kami lebih istimewa dan lebih lama.