Melbourne adalah antara destinasi yang tersenarai dalam wish list saya dan awal tahun ini saya berkesempatan untuk mengunjungi ibu negeri Victoria ini bersama keluarga.
Dikenali sebagai ibu negeri seni dan budaya, Melbourne terkenal dengan limpahan street art selain budaya kafe yang boleh dilhat disekitar kota. Juga dikenali sebagai pusat pendidikan Australia, tidak hairanlah ia dilimpahi dengan pelajar dari universiti-universiti terbaik seperti University of Melbourne dan Monash University.
Dipilih antara bandar paling liveable di dunia, Melbourne adalah destinasi yang boleh saya katakan relaks dan tidak terlalu sesak. Pengangkutan awam di sini juga percuma melalui jaringan tram yang sangat efisien. Cuma cuaca di sini sukar untuk diramal. Walaupun saya ke sana ketika musim panas, suhu boleh berubah dari 37 darjah Celcius sehingga 12 darjah Celcius dalam satu hari.
Saya senaraikan 5 tempat menarik yang wajib anda kunjungi nanti: