Teks: Farhana Fuad
Penat dan stress bekerja sememangnya dialami oleh semua orang yang bekerjaya. Kadang kala kita juga memerlukan time-out untuk menghilangkan tekanan ini. Pulau atau pantai sudah lazim didengari untuk destinasi percutian. Jadi, apa kata kita lihat beberapa destinasi menarik yang cukup ikonik buat kaki kembara untuk disertakan dalam bucket list anda sebagai destinasi yang harus dilawati satu hari nanti!
Gambar: crystalinks.com
Tembok Besar China
Monumen terpanjang ini telah dibina sekitar abad ke-7 lagi di negara China. Tembok besar ini merentasi 156 daerah dan mempunyai 7,000 menara pantau serta binaan yang masih utuh hingga ke hari ini. Ia kini menjadi tarikan pelancong di serata dunia yang berkunjung ke negara itu.
Gambar: thisoldearth.net
Grand Canyon, Amerika Syarikat
Alam semulajadi mempunyai tarikan yang tidak ternilai indahnya. Grand Canyon yang terletak di sebelah utara Amerika Syarikat adalah satu destinasi terkenal di serata dunia yang mana ia mempunyai sungai sepanjang 277 kilometer dan 18 kilometer lebar yang boleh membuat anda terpegun dengan keindahan geografi dan bentuk muka bumi unik di kawasan itu.
Gambar: wikimedia.org
Piramid Giza, Mesir
Tersimpan banyak kisah misteri disebalik pembinaan piramid di tengah gurun ini dimana terletaknya juga makam-makam lama serta pelbagai artifak Mesir yang sungguh mengagumkan. Piramid Giza juga merupakan salah satu dari tujuh keajaiban dunia.
Gambar: oxfordscientificfilms.tv
Stonehenge, United Kingdom
Lokasi Stonehenge yang terletak di United Kingdom ini menempatkan blok batu pasir yang dikatakan bercahaya apabila sinaran matahari terpancar ke atasnya. Keunikan destinasi ini dikatakan menjadi antara destinasi yang boleh membuat anda rasa terpegun dengan keunikannya.
Gambar: humanandnatural.com
Easter Island, Chile
Mungkin ramai yang tidak pernah menjejak negara Chile dan melihat sendiri arca ‘Moai’ iaitu arca yang berbentuk kepala diukir dari batu oleh penduduk Easter Island. Arca berbentuk kepala ini dikatakan diukir untuk memperingati nenek moyang penduduk pulau tersebut. Kini, terdapat 887 arca yang masih tersergam di pulau yang terletak di selatan Lautan Pasifik itu.