Tip penjagaan laptop daripada segi perkakasan ataupun luaran adalah penting kerana ia memainkan peranan yang sangat besar dalam kegunaan harian kita untuk jangka masa yang panjang.
Tip penjagaan laptop atau komputer riba perlu diperiksa setiap tahun kerana ia akan ‘haus’ dan mudah terdedah dengan kerosakan. Melainkan anda ingin model yang lebih baharu, perkakasan yang lebih menarik, ciri terkini atau sebarang alasan untuk mempunyai komputer riba yang lebih baik.
Namun, anda pastilah sayang akan inti dalam komputer riba yang kini kerana ia memiliki banyak fail penting. Anda sebenarnya boleh melakukan beberapa perkara untuk memanjangkan jangka hayat komputer riba anda. Baca untuk tahu lebih lanjut!