2. Bersihkan DIY Di Rumah
Papan kekunci dan kipas dalam komputer riba anda adalah magnet kotoran yang perlu diberi perhatian. Jika kedua ini bermasalah, kemungkinan jangka hayat komputer anda adalah pendek. Cara untuk menjaga kedua ini mudah, anda perlu matikan komputer riba dan gosok atau sapu sehingga bersih, perlahan-lahan di antara kipas dan ceruk tepi.
Elakkan makan di sekeliling komputer riba anda untuk mengelakkan serpihan daripada masuk ke dalam papan kekunci. Terbalikkan komputer riba dan ketik perlahan-lahan untuk menjatuhkan sebarang kotoran atau sisa makanan yang tersekat di antara kekunci. Akhirkan penjagaan DIY dengan lap kain lembut.