Magic World di Rio Grande do Sul, Brazil
Dihoskan oleh peminat setia dan Superhost bernama Larissa, destinasi penginapan ini dihiasi dengan memorabilia yang memenuhi segenap ruang rumah. Kamar tidur didekorasikan dengan surat khabar harian dari dunia magis, manakala ruang makan pula dihiasi dengan panji daripada keempat-empat rumah sekolah Hogwards. Peminat boleh menghidupkan semula momen-momen kegemaran daripada filem atau novel Harry Potter, melalui koleksi peribadi milik Larissa kala berada di sana.
Foto: Airbnb Malaysia
Baca lebih lanjut: 5 Destinasi Percutian Pantai Paling Mempersonakan Di Malaysia