2. Farm In The City
Kalau anda merupakan pencinta haiwan, jangan lupa untuk kunjungi Farm In The City.
Memilih konsep untuk menggabungkan unsur kehidupan liar dan alam semula jadi, anda boleh alami sendiri pengalaman ini di dalam persekitaran yang menyerupai kawasan kampung di Malaysia. Kawasan ini menempatkan lebih daripada 100 spesies haiwan dan juga tumbuhan yang eksotik, di dalam kandang yang dibina khas.
Apa yang lebih menarik lagi ialah, anda sendiri boleh mendekati, menyentuh dan memberi makan kepada haiwan-haiwan tersebut dengan jarak yang dekat!
Lokasi: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Beroperasi: Hari Minggu kecuali hari Selasa (10 pagi-6 petang) / Hujung Minggu (9.30 pagi-6 petang)