3. Good Times DIY Pottery Studio
Untuk anda yang suka untuk mencuba sesuatu yang baharu, mungkin kelas seni tembikar akan menjadi pilihan terbaik buat anda.
Aktiviti pembuatan tembikar ini merupakan antara aktiviti yang terapeutik. Anda boleh membuat pelbagai objek daripada tanah liat yang diberikan. Selain daripada itu, anda juga akan turut diajar oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang ini.
Jika anda ingin meluangkan masa dengan sesuatu yang tenang dan santai, melibatkan diri dalam aktiviti kesenian tembikar ini, boleh menjadi pilihan ‘healing’ terbaik untuk anda.
Lokasi: Level 1 – 19A, Paradigm Mall, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Beroperasi: Isnin-Ahad (11 pagi-8 malam)