5. MeTime Book Cafe
Kita selalu dengar tentang kafe yang cantik dan estetik. Tetapi, jarang untuk kita jumpa kafe yang memang khas untuk Book Lover. Jangan risau pencinta buku! Jom, kita pergi ke MeTime Book Cafe, Petaling Jaya.
Tidak sama dengan tipikal kafe estetik yang lain, di MeTime Book Cafe, ia mengambil inspirasi daripada suasana hotel kapsul, yang biasanya dilihat di luar negara seperti Jepun dan Taiwan. Di kafe ini, anda boleh ‘healing’ dengan bacaan buku, ataupun aktiviti lain pilihan anda.
Lokasi: 1.010b ,Level 1, Jaya One, The square, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Beroperasi: Isnin-Ahad (11 pagi-8 malam)