1. Masih Awal Untuk Anda Serius Dan Berkomitmen Pada Usia Seawal 20-an
Usia 20-an dikatakan fasa terbaik dalam hidup seseorang. Namun, berhadapan dengan beberapa isu seperti awal kerjaya ataupun masih dalam institusi pengajian tinggi merupakan perkara biasa pada usia awal dewasa ini. Perkara seperti ini memerlukan komitmen yang tinggi. Melibatkan diri ke alam percintaan secara serius boleh menambahkan kerungsingan dan tidak punya masa untuk memperbaiki diri sendiri.
Emosi pada awal usia 20-an, yang masih sedang mencuba menyesuaikan diri dengan alam dewasa dan komitmen dalam pelbagai aspek kehidupan. Jika anda mahu menjalin hubungan cinta, pilihan terbaik untuk kalian cuba mengenali antara satu sama lain. Nothing that is too serious or too personal antara satu sama lain. Latih diri untuk lebih matang dengan memberikan komitmen yang konsisten terhadap pasangan anda juga antara langkah yang selamat. Namun, ada baiknya juga jika anda berjaya bertemu pasangan kala masih muda – stay committed!