2. Kesihatan Mental Bukan Penghalang Untuk Menjalinkan Hubungan Percintaan.
Masalah kesihatan mental seperti anxiety atau kemurungan tidak sepatutnya dijadikan penghalang dalam menjalinkan cinta yang stabil. Kasih sayang dan kepercayaan antara satu sama lain merupakan kunci utama dalam hubungan yang sihat. Memilih pasangan hidup yang dapat bekerjasama dalam menjamin kesihatan mental anda harus dititikberatkan.
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk mengawal emosi, berbincanglah dengan pasangan mengenai kesulitan yang dihadapi. Juga harus diingat bahawa pasangan anda merupakan teman hidup, bukan pakar terapi. Oleh itu, sesi bersama pakar terapi bersama pasangan juga amat digalakkan. Jangan jadikan kesihatan mental merosakkan hubungan bersama pasangan anda. You are not alone! befrienders.org.my antara laman sesawang yang boleh anda rujuk untuk sokongan emosi yang lebih lanjut.