3. Self-love Lebih Penting Sebelum Anda Move On Dan Mencintai Orang Lain.
Secara amnya, self-love memfokuskan usaha anda mencintai nilai serta harga diri. Self-love bukan sahaja meliputi aspek fizikal seperti berhias untuk diri sendiri, malah aspek mental juga harus diambil berat. Perasaan kecewa selepas ditinggalkan oleh pasangan adalah perkara biasa dalam percintaan.
Kekal postitif setiap masa mungkin agak sukar dalam keadaan seperti ini. Self-love antara langkah terbaik dalam usaha untuk move on secara perlahan-lahan daripada bekas kekasih. Jika kita belajar menerima kekurangan dan kelebihan diri, pastinya kita juga turut bersedia untuk menerima kekurangan orang lain.