4. Tidak Kira Apa Jua Lingkungan Usia, Single Bukan Masalah Besar.
Sementara rakan-rakan anda menghabiskan masa hujung minggu dengan aktiviti date night bersama kekasih mereka, anda di rumah pula sedang duduk di sofa ruang tamu sambil menonton filem romantik di Netflix seorang diri kerana anda masih single – well, no need to cry out the fact that you are still single!
Banyak kelebihannya buat mereka yang masih single. Semestinya anda tidak terikat dengan mana-mana hubungan komitmen. Tambahan pula, anda tidak perlu serabut untuk membahagikan hal kerja dengan masa bersama kekasih. Sekiranya anda masih berusaha dalam mencari pasangan hidup, jangan terlalu memaksa diri. You can fall in love at any age. Relaks dan ambil masa anda untuk mencari pasangan.