5. Perkahwinan Bukan Satu Paksaan Dalam Dunia Percintaan.
Klise dalam masyarakat Malaysia apabila disoal oleh orang tua “Bila nak kahwin?”. Mendengar soalan seperti ini kadang-kala boleh mencetuskan persepsi negatif atau konflik antara keluarga atau orang tua. Ada sahaja perasaan ingin membalas kata-kata mereka tetapi kita sedar bahawa mereka cuma mahu yang terbaik buat kita.
Perkahwinan itu merupakan perkara serius, komitmen antara kedua-dua belah pihak merupakan asas bagi menjalinkan perikatan untuk berumah tangga yang kukuh. Tiada paksaan dalam berkahwin, kelanjutan usia bukan satu alasan untuk berkahwin secepat yang boleh. Perkara seperti kestabilan status kewangan, pemilikan harta benda dan lain-lain harus dititikberatkan dalam menjamin hidup pasangan anda setelah berkahwin.