6. Codependency Dan Codependent Adalah Perhubungan Yang Tidak Sihat.
Codependency bermaksud hubungan di mana satu pihak dalam perhubungan itu needy ataupun terlalu bergantung kepada sebelah pihak lagi. Codependency lebih ekstrem daripada sifat clinginess. Seseorang yang bersifat codependent selalunya menghabiskan masa dalam hidupnya menyenangkan pasangan mereka. Dalam istilah yang lebih mudah, satu pihak merasa dirinya memerlukan seseorang manakala sebelah pihak lagi merasakan dirinya diperlukan oleh orang lain.
Contohnya, dalam hubungan percintaan pasangan memerlukan antara satu sama lain untuk rasa dicintai, hubungan codependency pula merasakan dirinya tidak berguna jika tidak diperlukan. Seorang yang codependent hanya gembira ketika membuat pengorbanan yang melampau untuk pasangan mereka. Mereka merasakan mereka mesti diperlukan oleh orang lain ini untuk mempunyai tujuan hidup. Hubungan ini tidak sihat kerana ia berkait dengan masalah kesihatan mental.
Artikel Berkaitan: 10 Respon Selebriti kepada soalan ‘Mengapa Anda Masih Single?