Pada tahun 2004, Kate dan Putera William berhadapan dengan situasi serius dalam hubungan mereka. Dengan pengetahuna Putera William juga merupakan bakal Raja kepada England, ramai wanita cuba untuk mendapatkan perhatian dan juga hati beliau. Putera William yang sentiasa tampil mesra dengan teman-teman wanitanya membuatkan Kate menjadi tidak senang. Wanita seperti pewaris Anna Sloan dan Isabella Calthorpe membuatkan Kate sentiasa cemburu sehinggakan merasa tidak senang dengan hubungan Putera William bersama dua orang sepupunya, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie.