Dari arena politik ke gelanggang tenis, 6 wanita Arab ini telah mencipta sejarah dengan pencapaian dan kejayaan tersendiri di pentas antarabangsa.
Generasi wanita Arab hari ini tidak lagi gentar untuk melangkah di persada dunia. Dari arena politik ke gelanggang tenis, 6 wanita Arab ini telah mencipta sejarah dengan pencapaian dan kejayaan tersendiri di pentas antarabangsa.
Najla Bouden
Negara: Tunisia
Pada September 2021, beliau telah dilantik sebagai Perdana Menteri wanita yang pertama di Tunisia. Beliau menggantikan Hichem Mechichi selepas negara tersebut mengalami krisis ekonomi dan politk yang berterusan. Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan ketua negara wanita yang pertama dari negara-negara Arab. Sebelum ini, beliau merupakan seorang jurutera dan juga profesor di Tunis El Mar University. Beliau juga mempunyai Ph.D daripada École des Mines de Paris dalam jurusan kejuruteraan gempa bumi.
Baca lebih lanjut: 7 Pasangan K-Drama Yang Bertemu Cinta Dalam Keadaan Yang Tidak Disangka