Jemputan ke perkahwinan Diraja Putera Harry dan Meghan Markle telah pun diutuskan kepada 600 orang tetamu yang bertuah serta 200 teman rapat turut diundang ke acara after party di Frogmore House.
Istana Kensington telah mengesahkan yang mana jemputan rasmi telah diutuskan oleh Prince of Wales untuk upacara pada 19 Mei nanti di St. George Chapel, Windsor.
Seramai 600 orang termasuk keluarga Diraja, ibu bapa Ms Markle, teman-teman pasangan itu akan menghadiri upacara di gereja tersebut sekaligus resepsi makan tengah hari yang dianjurkan oleh Ratu Elizabeth II.
Sementara itu pada sebelah petang, seramai 200 orang tetamu akan dibawa ke Frogmore House , di amna Putera Harry dan Ms Markle akan meluangkan masa bersama di situ setelah hubungan mereka telah disahkan secara rasmi sebagai pasangan suami dan isteri.
Kad jemputan yang telah diutuskan tersebut dihasilkan oleh Barnard and Westwood, yang mana telah menguruskan “Royal Warrant for Printing & Bookbinding by Appointment to Her Majesty The Queen” sejak tahun 1985 dan mempunyai warrant Diraja yang kedua dengan Prince of Wales.
Using American ink on English card, the invitations are printed in gold and black, then burnished to bring out the shine, and gilded around the edge. pic.twitter.com/gQpC6tDot0
— The Duke and Duchess of Cambridge (@KensingtonRoyal) March 22, 2018
Menggunakan dakwat American di atas kad berkonsepkan English, kad jemputan tersebut dicetak dengan rona emas dan hitam serta dibakar sedikit pada bahagian tepi kad tersebut untuk tambahkan lagi keserian kad tersebut.
Kad undangan itu bercirikan The Three Feather Badge of The Prince of Wales. Ia telah dicetak oleg Lottie Small yang mana baru sahaja menamatkan program perantisannya, di dalam proses yang terkenal dengan die-stamping menggunakan mesin sejak tahun 1930-an yang dia namakan Maude.