Di reject oleh crush sebaik meluahkan isi hatimu padanya? Mungkin anda bersikap straight forward atau terlalu terdesak. EH! berkongsi 7 cara memikat si dia di media sosial yang mungkin berkesan buat anda.
Memikat si dia yang kamu suka di media sosial memerlukan ketelitian kerana kebiasaanya untuk tackle hati crush di media sosial, mereka akan melihat pelbagai aspek(bermula dengan akaun media sosial anda). Maka, mulakanlah dengan memberikan tanggapan pertama yang baik. Terdapat pelbagai cara untuk membuat si dia suka atau jatuh cinta namun jika tersilap langkah, punahlah harapan untuk anda bersamanya. Oleh itu, anda perlu tahu cara paling ideal untuk memikat hati si dia terutama sekali menggunakan socmed anda.