4. Berikan hint yang anda menyukai si dia
Hint yang ingin disampaikan perlulah dengan sedikit bayangan sahaja. Cuba berbual tentang topik yang berkait dan cuba menyelitkan sedikit hint yang anda menyukainya dalam diam. Jika si dia memberikan respons yang baik, anda boleh menggunakan langkah seterusnya iaitu give it more hint yang anda menyukainya. Jangan terlalu mendesak dan biarkan ia menjadi sebuah gurauan agar si dia dapat meneruskan perbualan kerana ketika ini si dia akan faham akan hint tersebut tetapi masih lagi menilai hatinya. Cubaan ini ialah paling sukar buat mereka yang ingin mencuba kerana di titik ini jika si dia tidak menyukaimu, si dia akan cuba menjauh. Namun lebih baik memcuba dari merana bila si dia disambar orang lain.