7. Hantar video atau foto kelakar
Apabila anda tiada topik untuk bersembang, cuba hantar video kelakar di tiktok yang boleh dikongsikan bersama si dia. Video yang memaparkan kisah viral di tiktok yang membuatkan si dia geli hati. Anda juga boleh share video gelagat kucing yang menghiburkan jika si dia pencinta kucing comel. Kongsi juga tempat makanan viral di REELS yang mungkin boleh anda berdua ke sana bersama-sama. Ingat! Jangan terlalu gopoh, jika si dia tidak terima ajakan anda, biarkan ia berlalu begitu sahaja. Jika tip ini tidak berjaya, jangan bersedih kerana bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor! Semoga misi anda untuk menambat hati si dia berjaya!
Artikel berkaitan : 5 Rahsia Memikat Agar Si Dia Terpikat