Mendominasi Teknologi AI, Samsung kini hadir dengan ciri yang mengagumkan dalam peranti pintar baharu mereka, Galaxy S25
Artificial intelligence (AI) kini ada di mana-mana, Samsung membuktikan bahawa syarikat itu benar-benar menguasai AI. Selain menaik taraf telefon pintar utama terbarunya dalam siri Galaxy S25 dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Elite, Samsung juga memperkenalkan penambahbaikan Galaxy AI serta integrasi baharu dengan Google Gemini.
GOOGLE GEMINI
Gemini memudahkan anda mengumpulkan maklumat dan mengambil tindakan merentasi aplikasi Google dan Samsung kegemaran, seperti Google Maps, YouTube, dan Samsung Notes, semuanya dengan satu arahan mudah.
Kini tersedia secara rasmi dalam 46 bahasa sejak pelancarannya, Gemini menjadikan interaksi antara aplikasi Samsung dan Google lebih lancar dan intuitif berbanding sebelum ini.
WRITING ASSIST
Seperti model lain dalam siri Samsung Galaxy S25, Samsung Galaxy S25 memperkenalkan ciri AI untuk meningkatkan cara kita berkomunikasi. Gabungan peranti terbaik Samsung di pasaran ketika ini dengan ciri AI Writing Assist memastikan mesej anda lebih dipertingkatkan, termasuk terjemahan masa nyata, perubahan gaya penulisan, dan cadangan pintar.
DRAWING ASSIST
Selain Writing Assist yang memberikan cadangan teks dan format penulisan, Drawing Assist membolehkan anda mengubah lakaran menjadi imej dalam pelbagai gaya. AI Drawing Assist boleh digunakan di seluruh One UI 7 yang menyokong Galaxy AI dan boleh diakses melalui beberapa cara yang berbeza.
AUDIO ERASER
Ciri baharu yang diperkenalkan ialah Audio Eraser terbina dalam. Ia dapat membantu menghapuskan atau mengurangkan bunyi dalam video seperti suara, muzik, angin, dan orang ramai, mengikut kategori tertentu, supaya anda boleh menumpukan pada bunyi yang ingin diketengahkan.