CIRCLE TO SEARCH
Fungsi Circle to Search yang diperkenalkan tahun lalu memberikan akses mudah kepada AI Overviews atau tindakan pantas dengan satu ketikan. Sebagai contoh, untuk mencari frasa atau alamat yang tidak dikenali di skrin, saya hanya perlu menekan lama butang utama dan membuat bulatan pada subjek tersebut untuk mencarinya, atau membuka Google Maps untuk mendapatkan arah.
Dengan S25 terbaharu, anda boleh menjangkakan hasil carian yang lebih pantas dan tepat.
NOW BRIEF
Seperti pembantu peribadi, Now Brief juga memberikan peringatan tentang jadual harian anda serta maklumat mengenai keadaan perjalanan ke destinasi.
Sebagai contoh, Now Brief boleh memaparkan ringkasan mengenai kualiti tidur anda pada malam sebelumnya, ramalan cuaca, acara dalam kalendar, serta cadangan rutin berdasarkan data anda. Pada waktu malam, ia boleh merangkum aktiviti harian anda, termasuk foto yang telah diambil, serta memberikan peringatan untuk acara yang akan datang.
AUTO TRIM (PHOTO ASSIST)
Auto Trim memudahkan proses penyuntingan video dengan secara automatik memilih detik terbaik daripada rakaman anda. Alat berkuasa AI ini berfungsi dengan lancar untuk menghapuskan bahagian yang tidak diperlukan, memastikan video anda sentiasa padat dan menarik tanpa perlu dipangkas secara manual.
Samsung Galaxy S25 kini tersedia di stor dan dalam talian
Baca: Vibes Segar, Ini Reviu Saya Tentang Samsung Galaxy S25+