Bagi pencinta kopi yang gemarkan rasa lebih kuat, berkrim dan penuh karakter, dirty latte adalah antara minuman yang semakin popular di kafe-kafe moden.
Gabungan espresso yang pekat dengan susu sejuk menghasilkan pengalaman minum kopi yang unik dan berbeza daripada latte biasa. Bagi yang tidak tahu apa itu Dirty latte, ia ialah minuman kopi yang menggabungkan satu atau dua shot espresso panas yang dituangkan terus ke atas susu sejuk tanpa dikacau terlebih dahulu.
Teknik ini menghasilkan lapisan warna yang menarik serta perbezaan suhu antara espresso panas dan susu sejuk. Perkataan “dirty” merujuk kepada rupa susu yang kelihatan “kotor” apabila espresso bercampur secara perlahan-lahan.
Hasilnya ialah minuman yang menawarkan rasa kopi yang lebih menonjol berbanding latte biasa, namun masih mempunyai kelembutan susu.
Dirty Latte di Grey Sky Morning memang wajib cuba. Espresso yang diekstrak menggunakan mesin lever menghasilkan aliran kopi yang pekat seperti madu, dengan rasa yang lebih kaya dan smooth. Lebih menarik, ia dihidangkan dalam gelas beku apabila anda menikmati minuman ini di kafe, memberikan gabungan sempurna antara espresso panas dan susu sejuk yang creamy dalam setiap tegukan
Lokasi: No. 3, Jalan SS13/4, Subang Jaya 47500
Dirty Latte di Ghostbird Coffee merupakan antara menu yang biasanya hanya disajikan secara eksklusif di roastery mereka. Dikenali dengan teksturnya yang penuh, kaya dan creamy, minuman ini menampilkan rasa espresso yang bold tetapi tetap seimbang dengan kelembutan susu.
Lokasi: 9, Jalan Seputeh
Bagi penggemar kopi yang sukakan rasa lebih kaw, Dirty Latte di Cozone memang tidak mengecewakan. Minuman ini menampilkan espresso yang sangat bold, dipadankan dengan house blend milk yang creamy dan lembut.
Lokasi: 202b, Persiaran Klang, Batu 3 3/4, Kuala Lumpur, Malaysia 58100
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba Sibeh Dirty Latte, antara minuman signature yang paling terkenal di Latibule Coffee. Ia menggunakan espresso Brazil Fazenda yang menawarkan keseimbangan rasa dengan keasidan yang lembut dan menyenangkan, kemudian dituang di atas susu freeze-distilled yang lebih pekat dan berkrim. Sentuhan akhir minyak kopi beraroma buah-buahan pula menambahkan lapisan rasa yang unik, menjadikan setiap tegukan lebih kaya, kompleks dan memuaskan
Lokasi: 21-1, Jalan PJU 1a/20a, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Dirty Latte di Sun and Moon menggunakan house blend istimewa yang menggabungkan biji kopi dari Ethiopia, Colombia dan Brazil, menghasilkan profil rasa yang kaya dan seimbang. Espresso mereka dituang perlahan di atas susu freeze-distilled yang sangat sejuk dan berkrim, mencipta kontras rasa yang unik antara kopi yang bold dan tekstur susu yang lebih pekat.
Lokasi: 10, Jalan Delima, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Dough by Meg menawarkan antara Dirty Latte yang paling unik di Malaysia, disajikan dalam cawan yang dibekukan pada suhu -86°C untuk pengalaman menikmati kopi yang luar biasa sejuk. Dipadankan dengan susu freeze-distilled yang lebih pekat dan creamy, minuman ini memberikan tekstur yang kaya serta kontras sempurna dengan espresso yang bold.
Lokasi: B5-02/03, 4, Jalan Kiara 1, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kefi Kohi merupakan permata buat pencinta kopi yang mencari Dirty Latte berkualiti pada harga berpatutan dengan hanya RM13 secawan. Minuman ini dihasilkan menggunakan campuran tiga jenis susu yang memberikan keseimbangan rasa lebih creamy dan manis secara semula jadi.
Diinspirasikan daripada penyediaan kopi oleh Mikael Jasin, dirty latte ini dipadankan dengan ristretto berprofil nutty yang hangat, menghasilkan gabungan rasa yang seimbang, kaya dan mudah dinikmati dari tegukan pertama hingga terakhir
Lokasi: 42c, Jln 19/3, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor







