Separuh perjalanan ke pengakhiran FIFA World Cup 2026, jom keluar dan tengok bola di tempat watch party yang lagi meriah, lagi besar skrin, lagi kuat sorakan dan lagi ‘feel’ macam kita sendiri berada di stadium sebenar.
Panduan ini menampilkan 7 lokasi watch party & big screen terbaik yang dijangka menjadi tumpuan utama sepanjang FIFA World Cup 2026 berlangsung.
Setiap lokasi menawarkan suasana berbeza, ada yang lebih urban dan moden, ada yang santai dan mesra komuniti namun semuanya menyatukan satu perkara yang sama iaitu semangat luar biasa terhadap bola sepak.
7 lokasi watch party & big screen FIFA World Cup 2026:
localbarat
Bagi peminat bola sepak yang mencari lokasi selesa untuk menyaksikan aksi FIFA World Cup 2026 selama 24 jam operasi, localbarat di 22, Jalan Gurney 3, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur antara pilihan yang wajib dikunjungi. Kafe moden ini menawarkan suasana santai dengan tayangan langsung perlawanan, sesuai untuk lepak bersama rakan hingga lewat malam. Antara menu yang menjadi pilihan ramai ialah Prawn Spaghetti Aglio Olio Cili Padi, pizza yang dibakar segar dari ketuhar, selain hidangan sarapan seperti Lontong, Brioche dan secawan Latte.

SunSan Bake
Buat julung kalinya, SunSan Bake Garden membawakan pengalaman tayangan langsung FIFA World Cup 2026 di taman terbuka, menjadikannya antara lokasi paling unik untuk menikmati aksi bola sepak di Kuala Lumpur. Terletak di 216, Jalan Pisang, Taman Shanghai, 58100 Kuala Lumpur, kafe ini menawarkan suasana santai dengan skrin gergasi di bawah langit malam, lengkap dengan aroma kopi, pastri segar dan ruang hijau yang sesuai untuk berkumpul bersama rakan serta keluarga.

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Satu kelainan, selain kafe, apa kata cuba pula di hotel dalam suasana lebih eksklusif, Chereza Lounge di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur menawarkan tayangan langsung FIFA World Cup 2026 dalam persekitaran hotel yang selesa. Lengkap dengan skrin besar, pilihan makanan dan minuman yang pelbagai serta suasana santai. Sama ada ingin singgah untuk menyaksikan perlawanan sambil menikmati hidangan atau merancang penginapan sekali, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur menjanjikan pengalaman menonton bola sepak yang lebih premium sepanjang musim Piala Dunia.

Allied Caffeinery
Bagi kaki kopi yang merancang berjaga sehingga awal pagi untuk menyaksikan FIFA World Cup 2026, Allied Caffeinery di Urban 1, 354, Lorong Kedah, Taman Melawati, Kuala Lumpur merupakan destinasi yang tidak boleh dilepaskan. Bersempena musim Piala Dunia, kafe ini bertukar menjadi late-night matchday HQ dengan menayangkan perlawanan secara langsung sambil memanjangkan waktu operasi dari 5 petang hingga 5 pagi pada hari-hari terpilih. Sesuai dengan konsep “pull up for the matches, stay for the caffeine“, pengunjung boleh menikmati debaran setiap perlawanan sambil menghirup kopi berkualiti dan menikmati suasana meriah bersama komuniti peminat bola sepak.

Lost In Sara
Lost in Sara di G-28, Empire Damansara, Heritage Lane, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, Petaling Jaya mengajak peminat bola sepak untuk merasai pengalaman menonton FIFA World Cup 2026 LIVE di skrin besar dalam suasana kafe yang meriah dan santai. Pengunjung digalakkan datang bersama rakan untuk sama-sama menyokong pasukan kegemaran sambil menikmati kopi pilihan, dengan kafe ini beroperasi sehingga sekitar 2–3 pagi sepanjang musim perlawanan. Lebih menarik, Lost in Sara turut menawarkan promosi istimewa termasuk pembelian tiket di kafe yang memberikan 8 minuman percuma, menjadikan pengalaman watch party di sini bukan sahaja penuh debaran, tetapi juga berbaloi untuk dinikmati bersama komuniti peminat bola sepak.
Baca: 7 Pemain Bola Sepak Bergaji Tertinggi Di FIFA Piala Dunia 2026
