Ratusan pemain bola sepak sedang rancak mengatur langkah di pentas Piala Dunia yang sedang berlangsung di Qatar. Dan ini tujuh pemain bola sepak dunia yang meraih pendapatan paling tinggi pada tahun ini (walaupun ada yang tidak beraksi di Piala Dunia) menurut Forbes.
7. Robert Lewandowski, US$35 Juta
Pemain bola sepak kelahiran Poland ini menyertai pasukan FC Barcelona tahun ini selepas meninggalkan FC Bayern Munich yang disertainya sejak tahun 2014. Penghijrahannya itu membuatkan poketnya semakin tebal dan khabarnya dia dibayar sebanyak Euro50 juta untuk bersama pasukan tersebut sehingga 2027. Lewandowski juga menambah asetnya menerusi pemilihannya sebagai duta minuman tenaga Oshee sejak tahun 2018.