Dalam era di mana waktu sangat berharga, wedding planner menjadi solusi terbaik buat bakal pengantin. Tidak hanya pakar dalam mewujudkan majlis impian anda, tetapi juga membawa ketenangan dan kepercayaan bahawa majlis anda akan diurus dengan bantuan profesional.
Setiap orang pasti mempunyai perkahwinan impian mereka, dan menjadikan majlis perkahwinan itu sempurna pastinya memerlukan khidmat dari perancang perkahwinan atau wedding planner. Dengan pengalaman yang di miliki, mereka dapat memastikan impian dan harapan bakal pengantin tercermin menjadi sebuah majlis yang sempurna.
Dengan pengalaman dan pengetahuan mendalam, wedding planner memainkan perananan sebagai kunci dalam merancang sebuah majlis yang sempurna, membantu mengatasi tantangan dan menghadirkan solusi kreatif. Oleh itu, EH! senaraikan tujuh wedding planner di sekitar Lembah Klang yang boleh anda pertimbangkan untuk majlis pernikahan anda akan datang.
7 Rekomendasi Wedding Planner Di Sekitar Lembah Klang;
1. Taema KL
Walaupun masih dianggap baru dalam industri ini, nama Taema semakin dikenali ramai. Taema turut menyediakan pakej lengkap, mulai dari tempat hingga ke busana pengantin melalui kolabrasi bersama dengan pereka fesyen, Jep and Jay yang sememangnya menambah dimensi kreatif. Popular dengan busana pernikahan Yuna, nama Jep and Jay sememangnya popular dikalangan peminat fesyen tempatan. Dengan menawarkan pakej lengkap, Taema membuat majlis perkahwinan anda menjadi lebih lancar dan mudah bagi bakal pengantin dan anda juga berpeluang memiliki busana yang di reka khas dari mereka.
2. Reka Teemor
Menghasilkan majlis pernikahan yang menjadikan impian seperti fantasi bukanlah tugas yang mudah, dan Reka Teemor telah menjadi kekuatan yang mengubah lanskap pernikahan dengan sentuhan kreatif dan inovatifnya sebagai pilihan utama bagi bakal pengantin, terutama selebriti, ternama seperti Neelofa, Puteri Aishah, Mizz Nina dan Mira Filzah. Reputasi cemerlangnya dalam industri ini tidak hanya terletak pada kebolehannya menciptakan pengalaman pernikahan yang luar biasa, tetapi juga pada perhatian terhadap setiap detail yang membuat majlis anda unik dan tak terlupakan.
3. WeddingByEmma
Baik anda menginginkan pernikahan yang sederhana atau mewah, Wedding by Emma hadir menyediakan pernikahan yang sesuai impian anda. Terkenal sebagai pakar perancang perkahwinan yang kreatif. Dengan sentuhan dan ketelitian, Wedding by Emma membantu pasangan mewujudkan pernikahan impian mereka yang sememangnya dapat mencipta kenangan terindah yang akan dikenang sepanjang hidup bakal pengantin. Wedding by Emma telah membuktikan bahawa majlis perkahwinan bukan hanya sebuah acara, tetapi perayaan yang mencerminkan keindahan dan keunikan setiap kisah cinta.
4. INDAH Wedding
Keupayaan INDAH sebagai wedding planner untuk majlis pernikahan Mira Filzah tidak hanya menonjolkan kebolehan mereka, tetapi juga memberikan keyakinan kepada bakal pengantin akan standard dan kualiti kerja mereka. INDAH berkomitmen untuk menjadikan hari besar bakal pengantin sebagai ekspresi kisah cinta yang indah. Mulai dari pemilihan tempat yang sempurna hingga koordinasi dengan vendor dan memastikan hari pernikahan berjalan tanpa tekanan dan menciptakan pengalaman majlis yang tak dapat dilupakan untuk setiap pasangan.
5. Terusik Event
Terusik Event bersedia memberikan perkhidmatan luar biasa untuk setiap acara. Mereka memahami bahwa setiap pasangan memiliki gaya dan keutamaan yang berbeza, dan setiap keputusan yang dibuat mencerminkan keperibadian bakal raja sehari. Dari pemilihan dekorasi yang memikat hati hingga pemilihan vendor, setiap elemen yang dirancang oleh Terusik Event adalah manifestasi dari impian dan harapan pasangan pengantin. Mereka menyadari bahwa setiap pernikahan adalah sebuah momen yang indah, dan inilah yang menjadi fokus utama mereka dalam menciptakan pengalaman pernikahan yang sesuai dengan impian pasangan.
6. FLAIR Design
Nama yang cukup popular di kalangan bakal raja sehari, FLAIR design tidak hanya melihat perkahwinan sebagai sebuah acara, tetapi sebagai sambutan cinta yang unik dan istimewa. Mereka menganggap kehadiran mereka sebagai suatu penghormatan yang besar, menjadi sebahagian dari momen istimewa dalam hidup bakal pengantin. Setiap langkah, elemen, dekorasi, dan sentuhan dari FLAIR memiliki tujuan yang jelas, yang tidak hanya cantik secara visual, tetapi juga menggambarkan keunikan dan keintiman hubungan setiap pasangan dengan menyelami esensi cinta itu sendiri dan menghadirkannya dalam setiap majlis yang mereka rancang.
7. Munstara Event
Sebagai pereka, dan penyelaras, Munstara Event menghadirkan kreativiti yang luar biasa dalam setiap aspek acara yang mereka rancang. Popular dengan kreativi mereka dalam mengubah, pemahaman mereka terhadap seni pernikahan dalam mengolah setiap details membuktikan bahwa Munstara tidak sekadar mencipta pengalaman majlis pernikahan yang luar biasa, tetapi kreativiti dan kepekaan terhadap keinginan pasangan, mengabadikan kisah cinta yang tak terlupakan.
Artikel Berkaitan: Top 5 Pereka Busana Pengantin Malaysia