Dubai Mall , Dubai, Emiriah Arab Bersatu
Mempunyai keluasan lebih dari 12 juta kaki persegi (setara dengan lebih dari 50 padang bola), Dubai Mall adalah pusat membeli-belah terbesar di dunia berdasarkan luas kawasan. Pusat membeli-belah ini mengandungi lebih dari 1,200 kedai, gelanggang ais, pusat permainan SEGA, hotel 5 bintang, 22 pawagam dan 120 restoran dan kafe. Ia juga menawarkan akuarium dalaman terbesar di dunia DAN ia adalah pintu masuk ke Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia.