2. Suka Menyakat atau Bersikap Kasar
Lelaki yang suka pada seseorang wanita selalunya akan gemar menyakat kerana mahu melihat anda tersenyum dan sentiasa terhibur dengan kehadirannya. Ada juga yang berperangai kasar (tidak semua) kerana mahu menutup petanda yang sebenarnya dia memang suka pada anda dalam diam. Dengan cara layanan sebegitu membolehkan mereka berada lebih dekat dengan anda. Jadi, jika anda berada di dalam kelas, kuliah atau pejabat kerja dan ada seorang jejaka bersikap sebegini, maksudnya lelaki itu ingin mendekati anda dengan lebih mendalam lagi.