Pernah tak, tiba-tiba dia yang dulu rajin mencari, kini semakin sukar untuk dihubungi?
Mesej dibalas ala kadar, ajakan keluar sering ditolak dan perhatian yang pernah diberikan semakin berkurangan.
Situasi seperti ini memang boleh membuatkan sesiapa sahaja tertanya-tanya, “Adakah dia masih berminat dengan aku?”

Sebelum membuat sebarang kesimpulan, jom semak 7 tanda yang sering menunjukkan seorang lelaki mungkin sudah tidak berminat atau tidak mempunyai perasaan yang sama seperti dahulu…
1. Slow reply atau langsung tidak mencari anda dulu
Jika dulu dia antara orang pertama yang menghantar mesej setiap hari, tetapi kini mengambil masa berjam-jam atau berhari-hari untuk membalas tanpa alasan yang munasabah, Ps, minatnya semakin pudar. Lebih ketara apabila anda sentiasa menjadi pihak yang memulakan perbualan.
2. Tidak lagi bertanya khabar atau mengambil berat
Lelaki yang berminat biasanya ingin tahu bagaimana hari anda berjalan, apa yang anda lakukan dan keadaan semasa anda. Jika dia sudah tidak lagi menunjukkan rasa ingin tahu tentang hidup anda, ia boleh menjadi salah satu tanda dia semakin menjauh.
3. Kerap memberi alasan untuk tidak berjumpa
Setiap kali anda mengajak keluar, ada sahaja alasan yang diberikan. Sesekali mungkin normal, tetapi jika ia berlaku berulang kali tanpa dia cuba mencari tarikh alternatif, besar kemungkinan dia tidak lagi melihat anda sebagai keutamaan.
4. Perbualan terasa hambar dan sekadar melepaskan batuk di tangga …uhuks …
Dulu perbualan boleh berlangsung berjam-jam, kini balasannya hanya “ok”, “haha” atau “baik”. Apabila seseorang sudah tidak berminat, mereka biasanya tidak lagi berusaha untuk memanjangkan perbualan atau mengenali anda dengan lebih mendalam.
5. Tidak lagi memasukkan anda dalam perancangannya
Jika sebelum ini dia gemar berkongsi rancangan hujung minggu, percutian atau aktiviti masa depan bersama anda, tetapi kini semua perancangannya tidak lagi melibatkan anda.
6. Kurang menunjukkan usaha dan perhatian
Daripada mengingati perkara kecil tentang anda hinggalah mengambil berat tentang emosi anda, semua itu memerlukan usaha. Jika dia sudah tidak lagi berbuat demikian, kemungkinan besar perasaannya juga tidak sekuat dahulu.
7. Anda dapat rasa dia lebih selesa tanpa anda
Kadangkala tanda paling jelas bukan apa yang dia lakukan, tetapi apa yang dia tidak lakukan. Apabila kehadiran anda tidak lagi memberi kesan kepadanya, dan dia kelihatan lebih gembira atau tenang tanpa melibatkan anda dalam hidupnya.
