Cemburu itu normal dalam hubungan, kadang-kadang manis, kadang-kadang boleh buat kita garu kepala sendiri…
Tapi masalahnya, tidak semua orang berani mengaku yang dia sebenarnya sedang cemburu.
Ada yang pilih untuk “cool”, ada yang buat-buat tak kisah.
Kalau diperhatikan betul-betul, sebenarnya ada banyak “clue” halus yang boleh buat kita tahu jika si dia sedang cemburu tanpa perlu dia bercakap terus terang.
EH! bongkar 7 tanda si dia sebenarnya cemburu yang mungkin selama ini anda tak perasan. Anda mungkin akan mula “decode” setiap tingkah laku dia dengan lebih teliti!
1. Tiba-tiba jadi terlalu ingin tahu tentang awak
Dulu santai sahaja, tapi sekarang semua benda dia nak tahu dengan siapa keluar, buat apa, atau siapa yang awak jumpa. Nampak macam ambil berat, tapi sebenarnya dia nak pastikan dia masih “ada tempat” dalam hidup awak.
2. Mood berubah bila awak sebut lelaki lain
Baru sahaja awak sebut nama kawan lelaki, terus dia diam tiba-tiba, jawab pendek atau terus tukar topik. Reaksi kecil ini sebenarnya boleh jadi tanda dia rasa tergugat!
3. Dia jadi terlalu perhatian atau cepat respon
Tiba-tiba mesej jadi laju, lebih kerap cari awak, atau nampak lebih “available” daripada biasa. Seolah-olah dia nak pastikan dia sentiasa dekat dengan awak sebelum orang lain sempat masuk…
4. Suka buat sindiran halus
Ayat seperti “Oh sekarang dah sibuk ya…” atau “Wah, ramai kawan baru nampaknya” mungkin nampak biasa, tapi sebenarnya ada nada cemburu yang disembunyikan dengan gaya santai, tidak menekan…tetapi tekanan untuk si dia!
5. Cuba buat awak cemburu dengan wanita lain
Jika dia mula berbual mesra dengan wanita lain atau sengaja tunjuk dia “okay tanpa awak”, itu mungkin taktik untuk lihat reaksi awak. Tapi kalau dalam masa sama dia masih curi pandang awak, itu tanda dia sebenarnya sedang cemburu.
6. Jadi lebih “protective” bila lelaki lain ada
Sebelum ini dia relax sahaja, tapi bila ada lelaki lain di sekeliling awak, dia tiba-tiba jadi lebih dominan atau muncul lebih kerap dalam situasi itu. Bukan kasar, tapi cukup untuk “beri isyarat” supaya orang lain jangan terlalu rapat.
7. Mood swing yang tak masuk akal
Mula-mula happy, tiba-tiba jadi diam, merajuk atau menjauh tanpa sebab jelas. Perubahan emosi ini sering berlaku kerana dia tersalah tafsir sesuatu atau terlalu banyak berfikir.
