Galeri Seni, di mana menjadi tempat terkenal yang wajib dikunjungi apabila outing bersama pasangan atau rakan-rakan.
Galeri seni ialah ruang di mana karya seni visual dipamerkan. Dalam budaya barat pada pertengahan abad ke-15, galeri seni mula wujud diletakkan pada dinding, di laluan tertutup yang panjang dan sempit. Tujuan utama galeri seni adalah untuk memupuk artis visual, mempromosikan karya mereka, dan mendedahkannya kepada orang ramai. Setiap galeri mewakili dan melonjakkan para pelukis, secara umumnya mengikut style tertentu menjadikan setiap galeri seni unik.
Kuala Lumpur dan Selangor semakin berkembang dengan galeri seni, menjadikannya tempat untuk ekspresi artistik. Selain pencinta seni, orang lain juga berminat untuk meluangkan masa mereka bersama orang tersayang melihat karya yang menarik di mata. EH! menyenaraikan galeri seni yang menarik untuk anda terokainya pada waktu lapang anda!
1. National Art Gallery
Lokasi: Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, 2, Jalan Temerloh, off, Jln Tun Razak, 53200 Kuala Lumpur
Waktu: Isnin – Ahad (9 pagi sehingga 5 petang)
Galeri Seni paling popular di Malaysia, National Art Gallery atau dikenali sebagai Balai Seni Negara ialah tempat rasmi negara untuk pameran dan bengkel seni. Ia tidak mempunyai koleksi karya seni kekal kerena mereka akan menukarnya selepas beberapa bulan agar orang ramai boleh mengunjungi tempat itu beberapa kali untuk melihat karya seni baharu. Ia juga memelihara dan memulihara karya seni tempatan serta memiliki lebih 3600 karya seni. Apa yang menariknya, Balai seni Negara ini bukan saja mempamerkan lukisan semata, mereka juga mempamerkan seni eksperimen seperti arca.
2. Ilham Gallery
Lokasi: Levels 3 and 5, Ilham Tower, 8, Lrg Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu: Isnin (tutup), Selasa – Jumaat ( 11 pagi sehingga 7 petang ), Ahad ( 11pagi sehingga 5 petang )
Ilham Gallery mempamerkan pelbagai pameran dan program pendidikan awam. Terletak di tingkat 3 dan 5 menara Ilham, galeri ini memberi tumpuan kepada pembangunan dan pemahaman seni moden dan kontemporari Malaysia dalam konteks serantau dan global. Aanda juga boleh menemui karya terkenal dari rantau Asia Tenggara dan antarabangsa.
3. Digital Art Gallery
Lokasi: Kedai KL, Lorong Ilmu, 50603 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: Isnin (tutup), Selasa – Ahad ( 11 pagi sehingga 6 petang )
Digital Art Gallery ialah galeri seni yang lain daripada lain, menjadikan galeri mereka sebagai tempat untuk artis digital mempamerkan karya mereka, dipilih susun oleh Filamen dan kurator terpilih lain. Galeri ini adalah usaha bersama Filamen dan juga KEDAI KL dalam menyediakan platform untuk artis digital dan media baharu mempamerkan dan menghasilkan persembahan mereka sendiri, tanpa perlu risau tentang kerumitan persediaan teknikal. Digital Art Gallery ini juga dibuka di Muzium Telekom bagi menarik ramai lagi orang dalam dunia seni digital.
4. UR-MU
Lokasi: 3, Jalan Bedara, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: Isnin (tutup), Selasa – Ahad ( 10 pagi sehingga 8:30 malam )
UR-MU ialah singkatan bagi Urban Museum, bangunan moden empat tingkat, mempunyai susun atur asal lapan flat dua bilik tidur, semuanya dikekalkan tetapi dengan tambahan lobi, taman atas bumbung, lif, dan bilik air untuk orang kurang upaya.
Setiap tingkat dibahagikan kepada dua bahagian dan dikategorikan mengikut tema, jadi karya seni lebih 100 telah dipilih susun dengan naratif yang sepadan Selaras dengan konsep susunan ruang Brâncuși, bahagian dalamannya direka bentuk dengan arca dan karya seni yang dipamerkan di sepanjang dinding siling yang diterangi langit.
5. Zhan Art Space
Lokasi: 100-G.025, Block J, The School, Jaya One, No, 72A, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Waktu: Isnin (tutup), Selasa – Ahad ( 10 pagi sehingga 5 petang )
Zhan Art Space ialah lokasi yang segar untuk pelukis baharu. Ia komited untuk mempamerkan seni halus kontemporari daripada pelukis tempatan dan luar negara. Selain itu, ia adalah tempat yang bagus untuk pelukis baharu dan berpengalaman untuk mempamerkan karya mereka.
6. Harta Space
Lokasi: Level 1, Habib 2, Ampang Point, HARTA Space, Lorong Mamanda 2, 68000 Ampang, Selangor
Waktu: Isnin (tutup), Selasa – Ahad ( 10 pagi sehingga 5 petang )
Harta Space melihat masa kini dengan melibatkan pelukis Malaysia untuk perspektif baharu tentang identiti. Sebuah galeri seni awam, dibiayai secara persendirian oleh Habib, ia komited untuk memupuk pemahaman dan penghayatan yang lebih baik terhadap seni moden dan kontemporari Malaysia dan menjadikannya boleh diakses oleh semua.
Galeri ini mempamerkan karya-karya pelukis baharu serta artis terkemuka Malaysia. Ia meneroka dan meneliti cerita, isu dan pengalaman pelukis untuk menggalakkan dialog tentang bagaimana identiti etnik menyumbang kepada identiti budaya kita yang berkembang.
7. Muzium Telekom
Lokasi: Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: Isnin – Jumaat (9 pagi sehingga 5:30 petang ), Sabtu – Ahad ( 9 pagi sehingga 5 petang )
Muzium Telekomunikasi adalah galeri pertama di Malaysia yang mempunyai pameran interaktif. Galeri ini merupakan tempat penyimpanan telefon lama dan mesin lapuk yang pernah digunakan untuk telekomunikasi. Ia menempatkan beberapa pameran audio-visual, bilik pendidikan untuk arkib kanak-kanak sekolah, dan kawasan sumber dengan beberapa artifak berusia lebih 120 tahun dan kembali ke era sebelum perang. Selain daripada pelbagai telefon yang sangat bergaya, terdapat juga buku telefon yang merangkumi iklan popular dari tahun 1960-an.
8. Wei-Ling Gallery
Lokasi: 8, Jalan Scott, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: Ahad – Isnin ( tutup ), Selasa – Jumaat ( 10 pagi sehingga 6 petang ), Sabtu ( 10 pagi sehingga 5 petang )
Wei-Ling Gallery adalah salah satu galeri komersial terkemuka dan terbesar di KL dengan mempunyai dua ruang seni. Ia mewakili pelukis kontemporari Malaysia yang terkemuka dan tambahan pula, ia telah menyumbang kepada pembangunan senario seni kontemporari Malaysia selama lebih sedekad.
9. The Back Room KL
Lokasi: 80A, Jalan Rotan, Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: Isnin – Selasa ( tutup ), Rabu – Ahad ( 12 tengahari sehingga 6 petang )
Tempat yang bergaya untuk semua perkara kreatif The Back Room KL bertujuan untuk menjadi ruang yang menyusun seni alternatif terbaik. Seperti namanya juga, ia tidak seperti galeri seni biasa yang mempunyai ruang yang luas dan menampilkan karya seni yang menjulang tinggi. Sebaliknya, The Back Room KL ialah ruang yang selesa yang mengatur “pameran intim”. karya di situ berbentuk seni eksperimen, eksentrik dan transgresif daripada pelukis baharu tempatan.