Platform 9¾ – King’s Cross Station
Setiap peminat novel bestselling bersiri J.K. Rowling tahu tentang Platform 9¾ yang mana di situlah pelajar-pelajar Hogwarts menaiki keretapi Hogwarts Express menuju ke Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry. Kediaman yang tersenarai di HomeAway ini terletak hanya 9 minit berjalan kaki dari King’s Cross Station di mana platform yang dirakam di dalam filem blockbuster itu berlokasi. Cari dinding yang mempunyai troli serta bagasi. Rakam sebanyak momen yang boleh kala di sana.