Dengan kerjasama National Geographic, setiap pembelian Aspire Vero edisi khas ini akan menyokong usaha global National Geographic Society untuk melindungi dalam sekitar melalui penerokaan, penyelidikan dan pendidikan.
Dalam menekankan usaha kecil individu untuk memberikan impak positif kepada alam sekitar, Acer melancarkan komputer riba terbaharu, Aspire Vero Edisi National Geographic. Kerjasama khas ini akan menyokong usaha global National Geographic Society untuk melindungi alam sekitar melalui penerokaan, penyelidikan dan pendidikan di seluruh dunia untuk masa hadapan yang lebih lestari.
Dikuasakan oleh Intel Core i7 dengan 16GB DDR4 RAM dan 1TB PCIe NVMe SSD, Acer Aspire Vero Edisi National Geographic menawarkan pengalaman pengkomputeran yang lancar, selain meninggalkan jejak ekologi yang rendah. Komputer riba dengan reka bentuk yang menarik dan penuh makna ini tersedia dalam unit terhad di Malaysia.
Kelestarian Alam Sekitar
Memperluaskan semangat Aspire Vero yang dibina di atas platform Earthion, Acer Malaysia mengumumkan program tukarbeli (trade-in) yang menyediakan saluran untuk mengitar semula peranti yang berfungsi mahupun tidak lagi berfungsi. Tawaran sehingga RM500 baucar rebat tunai bagi pelanggan yang membantu Bumi dengan menamatkan jangka hayat peranti elektronik menerusi cara yang betul.
Acer turut sama akan menyalurkan RM100 daripada setiap pembelian Aspire Vero Edisi National Geographic di Malaysia untuk membiayai program pokok angkat. Pada masa yang sama, setiap pembelian komputer riba edisi khas ini membantu para saintis, penjelajah dan pendidik di seluruh dunia yang bekerjasama dengan National Geographic Society.
Desain Logo Ikonik
Aspire Vero Edisi National Geographic hadir dengan beberapa garisan pepenjuru, separuh di bahagian penutup atas. Diekstrak daripada peta topografi, garisan itu membahagikan permukaan kepada paras laut dan darat, sebagai impak pemanasan global terhadap peningkatan paras laut. Membuka komputer riba ini, logo ‘yellow border’ ikonik National Geographic dicetak di sudut kanan bawah papan kekunci. “For Planet Earth” ditulis di atas kekunci spacebardan cetakan berwarna kuning.
Bungkusan Aspire Vero Edisi National Geographic direka sebagai kotak pelbagai guna yang boleh dimanfaatkan semula. Selain boleh menukarkan pembahagi dalaman kepada stand untuk meletakkan komputer riba, kotak tersebut mempunyai karakter yang sesuai dijadikan dekorasi yang juga boleh diletakkan di atas almari atau di sudut meja.
Teknologi Pintar
Dilengkapi skrin 15.6-inci FHD IPS, peranti terbaharu ini dikuasakan Intel Core i7 dengan 16GB DDR4 RAM dan 1TB PCIe NVMe SSD. Ia menyediakan beberapa port, termasuk USB Type-C dan dua USB 3.2 Gen1 Type-A, yang boleh digunakan untuk mengecas peranti mudah alih walaupun ketika komputer riba ditutup. Ia juga hadir dengan portRJ-45 Ethernet dan Wi-Fi 6 yang membolehkan ketersambungan yang pintar.
Pra-tempahan untuk Acer Aspire Vero Edisi National Geographic bermula pada 1 Mei 2022 pada harga RM4,299 yang hadir dengan Windows 11 dan Microsoft Office Home & Student 2021. Siri promosi computer terbaharu daripada Acer ini dijalankan sehingga 31 Julai 2022. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Acer Malaysia dan www.natgeo.com/info
Foto: Acer Malaysia
Baca lebih lanjut: 11 Rancangan Netflix Perlu Tonton Sepanjang Mei 2022