Pernahkah anda merasa sakit kepala yang teramat sangat di belah kanan, kiri atau belakang? Nampaknya anda telah diserang migrain yang berlaku apabila salur darah di kepala mengembang dan gentian saraf merembeskan bahan kimia yang tidak diperlukan badan.
Gambar: divineglowinghealth.com
CARA MENGATASI MASALAH KULIT PUCAT >>
Puncanya
Anda boleh mendapat migrain sekiranya anda terdedah dengan bunyi yang bauan yang terlalu kuat termasuk minyak wangi, tekanan perasaan dan emosi, alahan, pertukaran waktu tidur atau tidur yang tidak mencukupi, merokok atau terdedah dengan asap rokok, tidak makan atau berpuasa tanpa bersahur, minum minuman keras dan mengambil pil hormon.
CARA MENGENDALIKAN HUTANG KAD KREDIT >>
Makanan yang dipercayai boleh menjadi penyebab kepada migrain adalah makanan yang mengandungi tyramine seperti ikan salai, hati ayam, wain merah, keju yang lama dan sesetengah kekacang serta makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG) atau nitrat seperti bacon dan hotdog. Selain daripada itu, coklat, mentega kacang, buah avokado, pisang, sitrus, bawang, hasil tenusu dan jeruk juga dikatakan mampu membuatkan seseorang menghidap migrain sekiranya diambil dengan berlebihan.
TEMUBUAL EKSKLUSIF BERSAMA DATUK SITI NURHALIZA >>
Cara Mengatasinya
Setiap kali anda terkena migrain, parasetamol atau ubat penahan sakit akan diambil dan ini tidak bagus untuk badan terutama sekali sistem saraf dan buah pinggang sekiranya diambil dengan terlalu kerap. Anda perlu atasi masalah ini dengan cara yang semula jadi. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti, minum air dengan banyak dan kerap, jaga pemakanan anda, banyakkan bersenam serta ambil makanan tambahan seperti multivitamin untuk melengkapkan segala nutrien yang kurang dalam badan.
Hubungan seks yang sihat juga sebenarnya boleh mengatasi masalah ini. Jangan lupa untuk sentiasa membuat pemeriksaan mata dan gigi kerana saraf organ-organ ini berkait rapat dengan kepala. Anda juga boleh membuat rawatan akupunktur atau bekam untuk menyingkirkan toksin di dalam badan anda. Jangan merokok dan terlalu terdedah kepada asap rokok. Walaupun cara mengatasinya seperti klise, tetapi gaya hidup teratur sebenarnya boleh membuatkan anda jauh lebih sihat sehingga ke tua!