Walaupun hanya dikenali melalui legenda dan filem fantasi, mythical creatures masih berjaya membuatkan ramai obses dengan misteri di sebalik kewujudannya.
Naga yang dikatakan pernah menguasai langit, duyung dengan suara memukau atau unicorn yang sering dikaitkan dengan dunia magic, mythical creatures bukan lagi sekadar cerita sebelum tidur.
Sehingga hari ini, makhluk-makhluk mistik ini masih terus menjadi fascination ramai, terutama apabila internet dipenuhi teori, ‘penemuan’ pelik dan kisah lama yang kembali tular.
Yang membuatkan mythical creatures terus menjadi fascination ramai ialah bagaimana manusia boleh membayangkan rupa mereka dengan begitu detail. Hanya melalui tulang pelik, cerita lama dan imaginasi, ramai mula percaya makhluk ini mungkin pernah wujud satu ketika dahulu.
Naga

Naga mungkin antara mythical creature paling famous kerana hampir setiap budaya mempunyai versi naga mereka sendiri. Budaya Barat, naga sering digambarkan sebagai makhluk besar yang mengeluarkan api dan menjaga harta tersembunyi, manakala Asian dragon pula lebih dikaitkan dengan tuah, kuasa dan elemen air.
Menariknya, ramai percaya kewujudan naga mungkin terinspirasi daripada penemuan tulang dinosaur pada zaman dahulu. Walaupun tiada bukti pernah melihat naga, makhluk ini masih kekal sebagai simbol yang mysterious dan powerful dalam filem, fesyen dan budaya pop sehingga hari ini.
Duyung

Dengan rambut panjang, suara memukau dan kehidupan misteri di laut, duyung sering menjadi antara mythical creatures paling ikonic. Makhluk ini biasanya digambarkan mempunyai rupa manusia di bahagian atas badan dan ekor ikan di bawah.
Duyung terus menjadi obsession ramai disebabkan aura mereka yang cantik tetapi mysterious dan kadangkala seram.
Pari-Pari

Pari-pari sering digambarkan sebagai makhluk cantik dengan aura magical dan kehidupan yang tersembunyi daripada manusia biasa. Versi asal pari-pari dalam folklore jauh lebih dark dan sukar dijangka berbanding imej cute yang sering dipaparkan dalam filem moden.
Unicorn

Digambarkan sebagai kuda putih dengan tanduk panjang pada bahagian dahi, unicorn merupakan mythical creatures yang jauh daripada genre seram. Sering dikaitkan dengan purity serta tuah, makhluk satu ini biasanya disukai kanak-kanak kerana imej tanduknya yang berwarna pelangi.
Kedengaran sangat seperti fantasy tetapi sesetengah menganggap unicorn wujud. Ada yang sanggup membayar mahal untuk “tanduk unicorn” yang sebenarnya dipercayai berasal daripada haiwan lain seperti narwhal.
Shapeshifters
Bayangkan seseorang yang kelihatan normal di depan mata, sebenarnya mampu berubah menjadi makhluk lain. Itulah konsep shapeshifters, mythical beings yang dikatakan boleh menukar rupa sama ada menjadi manusia, haiwan atau sesuatu yang jauh lebih menyeramkan.
Makhluk seperti ini muncul dalam banyak budaya dan legenda lama, daripada werewolf hinggalah makhluk mistik yang mampu menyamar sebagai manusia biasa. Mungkin sebab itu shapeshifters terasa lebih menakutkan berbanding mythical creatures lain.
Baca: Rancangan Perlu Tonton Berkaitan Dunia Ais Seperti “Off Campus”


