Kolaborasi antara adidas Originals dan LEGO Group diteruskan kali ini dengan pelancaran edisi LEGO adidas Originals Superstar 10282 yang ikonik.
Dalam menyatukan rekaan ikonik kedua-dua jenama, adidas Originals meneruskan kolaborasi bersama LEGO Group dalam melancarkan LEGO edisi sniker Superstar. Kali ini, kerjasama ini akan membawakan desain siluet klasik Superstar dengan sentuhan yang mengejutkan sebagai tambahan kepada peminat dan pengumpul sniker di Malaysia dan seluruh dunia.
Memberikan perhatian kepada elemen ikonik adidas Originals dan juga LEGO, LEGO adidas Originals Superstar 10282 ini akan menampilkan rekaan sniker hitam dan putih klasik dalam saiz dewasa. Seperti versi kasut asal, ia akan disempurnakan dengan tiga jalur ikonik, selain bentuk shell toe, logo trefoil serta asen keemasan pelengkap.
Kanan atau kiri, peminat boleh memilih untuk menghasilkan bahagian kasut pilihan. Setiap set akan hadir bersama 17 LEGO tambahan sebagai pilihan untuk rekaan kasut kanan mahupun kiri. Model berukuran 12 cm tinggi, 27 cm panjang dan 9 cm lebar ini juga akan didatangkan dengan paparan penegak dan plak buat peminat sniker. Paling utama, ia akan disertakan dengan tali kasut dan kotak kasut autentik.
Model LEGO adidas Originals Superstar 10282 ini akan dilancarkan pada 1 Julai 2021 dan boleh didapati secara eksklusif di LEGO Certified Stores. Kemudian, ia boleh didapati melalui laman rasmi adidas Malaysia pada 30 Julai 2021. Peminat juga boleh mendapatkan di LEGO Official Store di Lazada, Shopee dan pusat beli belah utama di seluruh Malaysia pada September tahun ini.
Setiap set LEGO adidas Originals Superstar 10282 akan dijual pada harga RM 449.90.
Foto: The LEGO Group
Baca lebih lanjut: Apple Umum 10 ‘Update’ Baharu Buat iPhone, iPad Dan AirPods