Seiring permulaan langkah di tahun baharu yang penuh dengan kemungkinan, Lululemon mengajak semua untuk menghayati minda “Yet” – kepercayaan bahawa potensi diri tanpa batas dan setiap impian boleh terealisasi.
Diterajui oleh barisan jurucakap Lululemon termasuk juara dunia Formula 1™ tujuh kali, Lewis Hamilton, atlet kecergasan Amotti, serta atlet kekuatan dan prestasi Kayla Jeter, kempen ini meraikan kuasa ketekunan dan kesungguhan. Ia adalah inspirasi untuk mengubah cabaran menjadi kejayaan, dan membantu setiap individu mencapai potensi terbaik mereka.

RANGKAIAN PRODUK
Direka dengan inovasi, prestasi dan keyakinan sebagai teras utama, koleksi ini dicipta khas untuk mereka yang sentiasa ingin maju — membuatkan anda rasa lebih kuat, disokong dan bersedia untuk menembusi detik “Yet” anda.
Wunder Train No Line™ High Rise Tight tampil dengan rekaan tanpa jahitan di bahagian depan, memberikan siluet yang lebih kemas dan licin, sambil mengekalkan prestasi, ini juga faktor mengapa ia menjadi kegemaran ramai. Materialnya juga direka khas untuk bersesuaian dengan cuaca panas dan lembap.
“Tanpa jahitan di bahagian depan membuatkan saya rasa lebih yakin. Fabriknya memang menyokong, dan ciri menyerap peluh itu sangat penting,” kata Kayla Jeter.
Sesuai untuk senaman berintensiti tinggi, dan cukup versatil untuk kelas senama di studio atau dipakai selepas aktiviti kecergasan.
License to Train™ Short direka untuk menahan sesi latihan paling mencabar. Lewis Hamilton menekankan prestasinya dengan dia menjelaskan bahawa dengan seluar pendek License to Train, anda boleh lakukan pelbagai jenis senaman. Pergerakan terasa bebas, dan fleksibiliti serta ketahanannya sangat penting.
Ciri utama koleksi ini ialah ia berketahanan tinggi, rasa selesa juga ditambah baik dengan prestasi yang lebih mantap. Ia juga hadir dengan variasi dengan lining dan tidak. Warnanya juga lebih variasi, seperti hitam, biru dan kelabu.
“Seluar pendek ini membuatkan senaman jadi lebih selesa dan menyeronokkan. Sesuai untuk fokus sepenuhnya pada workout tanpa gangguan”- Amotti

LULULEMON TRAINING GROUND
Pengalaman latihan eksklusif selama satu hari ini akan berlangsung pada 24 Januari 2026 di Singapura, direka untuk membantu semua peserta meneroka potensi diri dan mencipta kejayaan baharu.
Diterajui oleh atlet kecergasan dan Duta lululemon, Amotti, acara ini menjanjikan sesi bertenaga tinggi dengan barisan kelas terpilih yang dikendalikan oleh duta Lululemon Gino Morales, serta jurulatih terkemuka dari studio rakan kongsi seperti Fire City, Double Knots, REVL, Division Athletics dan MVRCK.
Selain latihan, peserta juga boleh meneroka koleksi terkini keperluan prestasi Lululemon dengan perkhidmatan kustomisasi eksklusif di lokasi, berhubung dengan komuniti, serta berehat dan menyegarkan diri di ruang khas yang disediakan.
Hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada Special Olympics Asia Pacific, sebuah gerakan sukan global yang berjuang untuk menamatkan diskriminasi terhadap individu dengan ketidakupayaan intelektual. Dapatkan maklumat lebih lanjut di pautan INI.






