Masih mencari hadiah atau aktiviti Hari Bapa 2025?
Hari Bapa bukan sekadar hari untuk ucap “Terima kasih, ayah”, tapi juga peluang untuk kita raikan figura pembimbing, pelindung dan sumber inspirasi yang dilakukan demi keluarga.
Sama ada beliau seorang pencinta jam tangan berprestij, peminat teknologi terkini, penggemar fesyen lelaki atau pengembara tegar, senarai hadiah ini boleh menjadi penghargaan yang bukan sahaja bernilai material, tetapi sarat dengan nilai sentimental.
Idea aktiviti dan hadiah sempena Hari Bapa 2025:
1. Dior Chiffre Rouge Black Ultramatte Rainbow
Buat si ayah yang bergaya minimalis tapi tak mahu kelihatan biasa, jam tangan Dior Chiffre Rouge Black Ultramatte Rainbow adalah simbol maskulin moden yang penuh misteri. Dengan kemasan ultramatte black dan butiran rainbow accents yang halus namun berani, hadiah ini bukan hanya satu kenyataan gaya tapi penuh karakter buat pemakai.
2. Bleu De Chanel Eau De Parfum
Baunya saja cukup untuk tinggalkan impresi yang elegan dan memikat. Dengan gabungan aroma citrus segar, kayu cedar yang hangat dan sedikit sentuhan ambar, haruman ini menampilkan sisi lelaki yang tenang, yakin dan penuh karisma. Sesuai untuk si ayah yang sentiasa tampil kemas dan berprinsip, ini bukan sekadar minyak wangi, tapi lambang gaya hidup sofistikated.
3. Moroccan Neroli Shaving Duet
Untuk ayah yang menghargai rutin harian sebagai momen peribadi, Aesop Moroccan Neroli Shaving Duet adalah hadiah yang mengubah cukur biasa jadi pengalaman mewah. Set ini mengandungi serum pencukur dan balm selepas cukur berasaskan botani, dengan aroma neroli, cendana dan rosemary yang menenangkan. Teksturnya ringan, memberikan hasil cukuran yang licin tanpa iritasi, perfect untuk kulit matang yang perlukan penjagaan ekstra!
4. Hermès Heure H watch, 34 mm
Jika ayah anda seorang yang menghargai reka bentuk yang ikonik dan halus, jam Hermès Heure H bersaiz 34 mm ini adalah simbol ketepatan dan kelas. Dengan bentuk huruf “H” yang unik, jam ini memancarkan aura sofistikated tanpa berlebihan. Saiz 34 mm memberi keseimbangan sempurna antara elegan dan maskulin, sesuai untuk lelaki yang tidak takut untuk tampil refined.
5. LV Dimension Gradient 40mm Reversible Belt
Untuk ayah yang tahu gaya bukan sekadar pakaian tapi cara menyampaikan personaliti, LV Dimension Gradient 40mm Reversible Belt adalah pilihan yang penuh karakter. Dengan buckle ikonik LV dan rekaan gradient moden yang memberi kesan dinamik, tali pinggang ini tampil bold tapi tetap classy. Dan yang paling praktikal!
6. LYL International Karting Circuit
Siapa kata hadiah Hari Bapa mesti berbentuk kotak dan dibalut riben? Kadang-kadang, hadiah terbaik adalah pengalaman aktiviti bersama di LYL International Karting Circuit,Sungai Long. Tempat sempurna untuk ayah lepaskan tekanan sambil bergembira. Dengan trek bertaraf antarabangsa dan gokart yang padu, ini peluang untuk ayah kembali rasa ‘muda’ sambil berlumba mesra dengan anak-anak. Sama ada dia seorang speed junkie atau sekadar nak cuba sesuatu yang luar dari rutin, aktiviti ini pasti jadi memori manis yang tak mudah dilupakan.
7. Beca Teas – DIY Tea Mixology
Untuk ayah yang lebih sukakan ketenangan daripada kelajuan, Beca Teas DIY Tea Mixology adalah pengalaman santai yang penuh rasa dan makna. Sesi mencipta campuran teh sendiri memberi ruang untuk ayah berhenti sejenak, menikmati aroma herba, bunga dan daun teh premium, sambil merasai proses yang menenangkan. Dari earl grey ke rose petals, dari rempah eksotik ke bahan tempatan, setiap campuran adalah refleksi rasa dan personaliti.
8. Chakuro Yakiniku – Chakuro Omakase
Hadiah ini sesuai untuk ayah yang layak dilayan seperti VIP. Daging premium, dipilih khas dan disediakan oleh chef, dihidang secara omakase, bermakna setiap hidangan adalah kejutan rasa yang disusun mengikut cita rasa dan kualiti tertinggi. Dari wagyu marmar halus hingga teknik panggang yang sempurna. Bukan sekadar makan malam, ini adalah pengalaman gastronomi yang diraikan dengan penuh gaya dan penghormatan buat si ayah.
9. Getha Lux Suites
Selepas bertahun bekerja keras, apa lagi hadiah paling bermakna untuk ayah kalau bukan rehat yang sebenar? Di Getha Lux Suites, pengalaman wayang bukan sekadar menonton tetapi di sini, ia adalah pelarian mewah dengan tilam premium, suasana eksklusif dan servis bertaraf lima bintang.
10. The Banjaran Hotsprings Retreat – Grand Garden Villa.
Bayangkan ayah bangun pagi dikelilingi kehijauan, bunyi alam semula jadi, dan kolam air panas peribadi… itulah pengalaman di Grand Garden Villa di The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh. Untuk ayah yang perlukan reset dari hiruk-pikuk dunia, retreat ini adalah syurga tersembunyi yang menawarkan ketenangan mutlak. Villa eksklusif ini lengkap dengan private geothermal hot tub, butler service dan ruang santai mewah, sesuai untuk detoks fizikal dan mental.
Baca: 7 ‘Hot Daddies’ Selebriti Lelaki Bertubuh Sasa dan Segak