Kolam Renang, Dek Matahari dan Bar
Bermula Mac 2022, pengunjung dapat menikmati desain lebih segar pada kolam renang, dek matahri serta bar. Pusat sosial yang eco-chic dan penuh energi ini pasti menjadi lokasi tumpuan untuk berkumpul bersama seisi keluarga dan rakan-rakan.
Hiburan Yang Menyeronokan
Melangkah ke dunia hiburan baharu dengan sentuhan digital pada pertunjukan muzikal juga visual. Konsep Tropical Nomad Lifestyle diperkenalkan dalam penyatuan antara alam semula jadi dan kebudayaan. Pelbagai aktiviti boleh dicuba seperti Tropical Beach Party, bengkel, hidangan dan buah-buahan lokal, serta parti tarian pada waktu malam, pasti memberikan pengalaman yang tidak boleh dilupakan nanti.
Pengalaman Keunikan Kulinari Thai
Alami pengalaman kulinari Thai yang unik dengan menu signature dan tawaran F&B yang lebih segar. The Mamuang hadir dengan ruang bufet yang lebih besar serta ruang makan yang berhawa dingin. Lebih istimewa, pengunjung juga boleh mencuba makanan jalanan Phuket yang disajikan autentik di atas pedati Thai pada malam Thai lokal. Semuanya boleh dinikmati tanpa perlu melangkah keluar resort.
*pengunjung boleh memohon untuk pilihan makanan Halal ketika membuat tempahan.
Bamboo Shark Nursery Pertama Club Med
Dengan jalinan kerjsama dengan “Oceans For All”, Club Med akan bersama-sama membantu untuk menyelamatkan spesies terancam dan biodiversiti marin di Phuket. Bamboo shark adalah hidupan laut yang tidak berbahaya dan hanya memakan invertebrate seperti ketam dan ikan kecil di sekitar terumbu karang. Spesies ini terancam kerana menjadi kegilaan penternak ikan dan peminat makanan eksotik.
Club Med Phuket akan mendedikasi untuk pemuliharaan bamboo shark dan akan dijaga oleh Gentil Organizers (G.Os) sendiri. Selepas empat hingga enam bulan, ia akan dilepaskan semula ke laut berdekatan. Ini juga akan memberikan peluang yang lebih tinggi buat bamboo shark untuk ia di lauatan sebenar nanti.
Ruang Amazing Family! Pertama
Club Med Phuket juga akan memperkenalkan Amazing Family! yang pertama bermula Mei 2022. Ruang ini akan didedikasikan untuk aktiviti Play, Quest, Move, Celebrate and Care buat seisi keluarga. Program Amazing Family! yang memenangi anugerah ini juga dapat mengeratkan hubungan antara keluarga bersama nanti.
Club Med Phuket adalah destinasi percutian yang sempurna buat seisi keluarga. Dengan penambah baikan serta aktiviti-aktiviti yang ditawarkan, pengunjung pasti akan membawa pulang memori yang penuh keseronokan. Dapatkan maklumat lanjut di sini.
Foto: Club Med
Baca lebih lanjut: Reset Alam Semulajadi Cara Karl Lagerfeld