Tiada lagi alasan untuk bermalas-malasan walau hanya #dudukrumah. Rutin yoga ini mampu mempertingkatkan semangat anda yang sedang #WFH hari ini. Jom ikutinya!
Di mana lagi kalau bukan di Youtube untuk kamu tonton semua video senaman apatah lagi video senaman Yoga. EH! senaraikan 5 video terbaik untuk senaman jenis ini di Youtube agar dapat membantu anda menggerakkan tubuh agar kesihatan diri berada di tahap optimum. You’re welcome!
1.Hanya 30 minit diperlukan untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ini salah satu contohnya! Gentle Flow adalah gabungan pergerakan bertenaga melalui rangkaian asana (postur yoga), di mana anda membuat gerakan fizikal secara lancar. Rutin senaman ini sesuai untuk semua peringkat Yoga anda. We know you’ll enjoy this!
2. Yoga dapat membantu anda membina keberanian untuk menjadi vulnerable. Secara khusus, rutin backbend adalah cara terbaik untuk pembukaan jantung. A physically open heart leads the way to an emotionally open heart. Anda boleh mula dengan backbend yang sederhana, seperti pose belalang, setiap hari, dan berlatih hingga ke backbend yang lebih mendalam. Selebihnya, tonton video ini!
3. Elok untuk anda yang kuat bersukan, rutin di dalam video ini mengajar anda aktiviti meregang dengan betul dan teratur. Ia juga baik untuk anda yang bekerja di rumah seawal jam 9 pagi hinggalah 6 petang. Ada kalanya bila di rumah, kita berasa selesa sehingga tidak berganjak dari kerusi dan meja. Aktiviti ini dapat membantu anda berehat sambil bersenam dengan baik.
4. Sesuai untuk anda yang masih lagi beginner, video ini untuk anda! Apa yang anda perlukan hanyalah sepasang baju yang selesa dan tikar senam. Senaman 20 minit ini bakal membuat anda jatuh cinta dengan senaman ini. Bukan sahaja mudah dilakukan di rumah malah yang paling penting, menyihatkan badan!
5. Yes, jika anda masih beginner dan masih tercari-cari senaman yoga yang ringkas dan mudah dilakukan, ini dia jawapannya. Video berdurasi 30 minit ini memperkenalkan postur yoga asas dengan membengkok dan melipat secara semula jadi. Ia juga termasuk rutin penjagaan nafas, meregangkan dan menguatkan otot utama.
Aritkel berkaitan: Kebaikan Yoga Untuk Kesihatan Dalaman Yang Tidak Ramai Tahu