Sebaik anda berhenti dari tabiat merokok, apakah perubahan yang bakal berlaku pada tubuh anda? Ketahuinya di rencana ini.
Berhenti merokok boleh membawakan perubahan yang drastik pada kesihatan tubuh tetapi jangan terkejut dengan simptom atau kesan awalnya. Umum tahu yang mana merokok boleh membawa maut tetapi tidak ramai yang tahu apakah kebaikan yang bakal anda perolehi selepas itu.
Anda mungkin akan mendapati kesan yang agak mengejut pada tubuh tetapi secara perlahan-lahan anda bakal melihat kesan positifnya kelak. Bahkan, anda juga akan merasakan perubahan ketara pada organ dalaman.
Di sini EH! dedahkan apakah yang bakal berlaku kepada tubuh pabila anda mula berhenti merokok.