Mungkin kerana ramai di antara kita menggunakan telefon pintar yang membuatkan segala momen dirakan dan dikongsi di laman sosial. Ini merupakan sesuatu yang baik kerana walaupun jarang berjumpa, kita masih boleh tahu apa yang berlaku di dalam kehidupan rakan-rakan yang lain.
Gambar: businessinsider.com
Facebook, Twitter, Keek dan yang paling popular kini – Instagram menjadi peneman setia orang-orang kita yang tidak boleh hidup tanpa telefon pintar mereka. Oleh kerana kami juga mempunyai akaun instagram (@ehmalaysia), kami terpanggil untuk menyenaraikan aplikasi foto terbaik yang sering digunakan ramai untuk menjadikan setiap posting anda lebih menarik dan lebih banyak “like”.
Gambar: wiredcom
Snapseed
Dianugerahkan sebagai Best Mobile Photo App 2012 dan 2011 iPad App of the Year ini, Snapseed dikatakan sebagai aplikasi foto yang paling versatil. Ia membuatkan gambar anda tampak lebih cantik kerana boleh mencantikkan gambar dengan begitu spesifik dan mampu memberikan hasil ala vintaj dan lomografi.
Gambar: androidpolice.com
Aviary
Kepada yang suka mengambil gambar selfie, aplikasi ini sangat sesuai untuk anda. Sekiranya kulit kurang sempurna, ia membantu melicinkannya dengan fungsi ‘blemish removal’. Selain daripada itu, aplikasi ini dilengkapi dengan fungsi lukisan dan tulisan di dalam gambar serta kualiti HD yang boleh membuatkan gambar anda jauh lebih cantik.
Gambar: pixlr-o-matic.en.softonic.com
Pixlr-o-matic
Sekiranya anda suka menggabungkan beberapa gambar menjadi satu, anda harus memuat turun aplikasi ini. Ia mempunyai banyak susun atur yang menarik untuk anda menyusun gambar-gambar anda sebelum dikongsi di laman Instagram.
Gambar: makeuseof.com
Cymera
Lagi satu aplikasi untuk anda yang suka mengambil gambar selfie. Aplikasi ini dilengkapi dengan fungsi kecantikan yang dilengkapi dengan teknologi ‘face recognition’ yang boleh dilaraskan untuk menjadikan mata yang lebih besar atau bentuk muka yang lebih runcing.