Farah Ann Abdul Hadi
Atlet yang berusia 23 tahun ini merupakan adik kepada perenang synchro negara, Katrina Ann. Farah adalah kelahiran Subang Jaya. Pada Sukan SEA 2015, Farah telah mula menarik perhatian ramai pabila mendapat prestasi yang cukup memberangsangkan serta meraih banyak pingat. Meskipun sebelum ini Farah pernah terpalit dengan kontroversi berkenaan baju gimnastiknya yang mendedahkan sebahagian tubuhnya, atlet negara ini tidak keluh dan tekad untuk mengharumkan nama negara menerusi sukan gimnastik. Menerusi berita terkini, kumpulan gimnastik artistik wanita Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas yang diketuai oleh Farah Ann.