Nur Izwani Azman
Lebih dikenali dengan panggilan Dekno, penjaga gol pasukan bola sepak wanita ini cukup menjadi tarikan ramai. Tidak hanya hebat beraksi di padang, malah Dekno turut mempunyai kriteria seorang wanita yang cantik dan menawan. Meskipun sukan bola sepak dilihat seakan satu sukan yang lebih sinonim kepada lelaki, tetapi Dekno sebagai penjaga gol yang memasuki Sukan SEA 2017 secara tidak langsung menepis tanggapan itu meskipun pasukan bola sepak wanita tewas dengan 1-2 di acara sukan yang sedang berlangsung ini.