Tanalaksiumy Mahenthiran Rayer
Tana merupakan pelari pecut wanita yang turut menyertai Sukan SEA 2017. Gadis kacukan Cina dan India ini juga sebenarnya finalis top 10 untuk bergelar Miss Universe Malaysia 2017. Atlet berusia 22 tahun ini mewakili negara dalam acara 4×400 meter. Tana juga seorang pelajar jurusan akauntan. Bukan hanya sukan bersukan, malah Tana juga gemar menyanyi, menari dan berlakon.