Biasa kita dengar, Ipar adalah maut tapi kali ini kawan pun boleh jadi perampas pasangan kita, ps kawan adalah maut!
Dalam persahabatan, kepercayaan itu segalanya. Tapi bagaimana jika orang yang paling rapat dengan kita sebenarnya menyimpan perasaan terhadap pasangan kita sendiri?
Situasi ini mungkin jarang dibincangkan, namun ia boleh berlaku tanpa kita sedari.
Ada yang bermula sekadar gurauan, perhatian berlebihan, hingga akhirnya mencetuskan rasa tidak selesa dalam hubungan.
Jika anda mula merasakan ada sesuatu yang ‘tak kena’ dalam tingkah laku kawan terhadap pasangan anda, jangan abaikan intuisi tersebut. Ini 5 tanda kawan anda sebenarnya suka pasangan anda yang patut anda perhatikan.

1. Terlalu ambil berat tentang pasangan anda
Kawan anda sentiasa bertanya tentang pasangan anda, dari perkara kecil hingga isu peribadi. Jika keprihatinannya kelihatan lebih daripada sekadar ambil tahu sebagai kawan, ini mungkin petanda dia terlalu invested secara emosi.
2. Sering cari peluang untuk berdua
Tanpa disedari, kawan anda kerap mencipta situasi untuk bersama pasangan anda, sama ada keluar makan, berbual lama, atau bekerjasama tanpa kehadiran anda. Ini boleh menjadi tanda minat tersembunyi.
3. Bahasa badan terlalu mesra
Perhatikan sentuhan kecil, eye contact berlebihan, atau cara dia ketawa setiap kali bersama pasangan anda. Bahasa badan yang terlalu intim selalunya mendedahkan perasaan sebenar seseorang.

4. Selalu memihak pasangan anda
Dalam apa jua situasi atau konflik, dia lebih cenderung mempertahankan pasangan anda walaupun anda yang berkongsi masalah. Sikap ini boleh menjadi tanda emosi dia lebih dekat dengan pasangan berbanding anda.
5. Terlalu aktif di media sosial pasangan anda
Like, komen, reply story? Semuanya hampir tidak pernah terlepas. Jika interaksi di media sosial kelihatan terlalu kerap dan personal, ini mungkin petanda minat lebih daripada sekadar kawan.
Baca: 5 Lokasi Menyambut Tahun Baru 2026
