Seakan tidak percaya, tetapi atas faktor geografi bumi, sebuah bandar di Alaska ini tidak akan melihat matahari selama 65 hari.
Utqiaġvik, Alaska, merupakan sebuah bandar paling utara di Amerika Syarikat melihat matahari terbit pada kali terakhir untuk tahun ini pada hari Ahad lalu (25 November). Bandar yang mana sebelum ini dipanggil Barrow tidak akan melihat matahari untuk 65 hari mendatang.
Penduduk bandar tersebut akan melihat semula matahari pada 23 Januari 2019. Utqiaġvik dilaporkan mengalami malam polar yang mana satu tempoh gelap pada musim sejuk di mana tiada sebarang cahaya matahari akan bersinar di lingkaran kutub itu.
America's northernmost town, Utqiaġvik, Alaska – formerly known as Barrow – will descend into 65 days of darkness after Sunday's sunset: https://t.co/j9Gw49E0A1 pic.twitter.com/chypGiUwQF
— The Weather Channel (@weatherchannel) November 18, 2018
Menurut Weather.com, “Dari pertengahan bulan November sehingga hujung Januari, matahari tidak akan terbit di utara Arctic Circle disebabkan kecondongan bumi yang jauh dari radiasi langsung sinar matahari.”
Terletak 330 batu atas Arctic Circle, Utqiaġvik tidak akan tenggelam dalam kegelapan sepenuhnya selama dua bulan ini. Sebaliknya, ia akan mengalami “civil twilight” yang mana berlaku pabila matahari berada 6 darjah di bawah horizon dan menghasilkan sedikit iluminasi cahaya untuk melihat persekitaran. Civil twilight akan mengambil masa enam jam untuk satu malam tetapi ia akan berkurang kepada tiga jam untuk satu malam pabila tiba hujung Disember nanti.
Dikatakan yang 4,400 penduduk bandar Utqiaġvik telah lali dengan kondisi malam polar. Kota tersebut menjadi rumah kepada sebuah populasi yang cukup besar dengan masyarakat Iñupiaq dan menempatkan beberapa stesen kajian.
Selepas 65 hari tanpa cahaya matahari pada musim sejuk ini, penduduk di situ bakal melalui 80 hari tanpa malam pula sehingga bulan Mei tahun hadapan.