Baru-baru ini, bapa kepada Meghan Markle selamat menjalani surgeri hati. Namun, doktor mengesahkan yang mana kini bapanya sedang secara perlahan untuk pulih sepenuhnya. Tetapi bapanya mengatakan yang mana dia tidak akan hadir ke majlis perkahwinan Diraja anaknya itu, tetapi kenapa?
Hanya tiga hari sahaja lagi majlis perkahwinan Diraja Meghan Markle dan Putera Harry akan berlangsung, dan kini Thomas Markle iaitu bapa kepada Meghan sedang pulih dari surgeri hati yang baru dijalaninya.
Awal minggu ini Thomas memberikan alasan surgeri tersebut sebagai sebab dia tidak dapat menghadiri perkahwinan anaknya itu.
“I’m OK. It will take a long time to heal. Staying in the hospital a few more days. Not allowed to get excited,” katanya kepada TMZ.
Dia dilaporkan telah mengubah fikirannya untuk menghadiri majlis perkahwinan lebih daripada sekali, dan kini nampaknya dia akan terlepas. Sebelum surgeri tersebut, Thomas memberitahu TMZ yang mana dia mahu mengiringi anak perempuannya itu berjalan menuju ke pelamin.
“I hate the idea of missing one of the greatest moments in history and walking my daughter down the aisle,” kata Thomas.
Thomas telah terpalit dengan kontroversi di mana terbongkarnya video klip yang memaparkan Thomas bertemu secara rahsia dengan seorang paparazzi, Jeff Rayner untuk beberapa keping gambar yang menampilkan dirinya sedang bersiap sedia untuk perkahwinan anaknya kelak. Bahkan, Thomas turut dikatakan telah dibayar dengan sejumlah wang yang agak besar untuk rakaman gambar-gambar tersebut.
Kakak tiri kepada Meghan Markle, Samantha Markle baru-baru ini menyatakan yang mana dia adalah individu yang menyuruh bapanya untuk merakam gambar-gambar tersebut hanya untuk mengubah persepsi orang terhadapnya.
Namun kini tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum majlis perkahwinan diraja itu berlangsung. Tetapi persoalannya, siapa yang akan mengiringi Meghan sewaktu hari bahagianya itu nanti? Nantikan berita selanjutnya.